| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kempen Gaya Hidup Sihat Penjara Pokok Sena

Pada 21 Julai 2011, Penjara Pokok Sena telah mengadakan Kempen Gaya Hidup Sihat.Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penglibatan 75 kakitangan termasuk dikalangan kakitangan awam institusi ini.Kakitangan berkumpul di Dataran Setia pada jam 8.30 pagi dan mengumpulkan buah-buahan yang dibawa untuk dikongsikan bersama-sama kakitangan yang menyertai program ini.                                                    
                     


Program ini bertujuan mengumpulkan kakitangan dari pelbagai unit bagi menjalinkan hubungan yang erat sesama kakitangan.Selain itu, program ini juga lebih menekankan gaya hidup yang sihat.



Program ini dimulakan dengan taklimat daripada Ketua Program Kempen Gaya Hidup Sihat , PP Shahhimin Bin Hj. Hussain dan dibantu oleh TPP Muhammad Asri Bin Ali.Dalam taklimat tersebut kakitangan dibahagikan kepada 3 kumpulan, kumpulan pertama membersihkan kawasan saliran air, kumpulan kedua memasukkan topsoil dalam ?polybag? dan kumpulan ketiga menanam pokok  di sepanjang Dataran Setia.

 

Dalam ucapannya, PKK Hj. Zawari Bin Abd. Rashid berbangga dan berterima kasih dengan sambutan yang diberikan oleh kakitangan Penjara Pokok Sena serta berharap program ini akan diteruskan bagi mengindahkan persekitaran dan mengamalkan gaya hidup sihat dengan persekitaran yang bersih.

 

""